Monday 23 January 2012

SK Sura vs SJK(C) Sin Chone

Hai dearest blog.. lame tak menaip2..
takde mase nak online.. (broadband di conquer hubby).
huhuhu..

Alhamdulillah..selesai dapat tahu mungkin posting di Terengganu, barulah saya mula memasang angan-angan untuk hidup bersama si dia.. saat dulu bernikah, sy tak pernah set saya akan duk ngn dia, ye, kami akan berjauhan.. penang - pahang. myb kedah - terengganu.. bernikah sehari, esok terus berpisah.. its so hurt our feelings.. but that all risks yang kami kena amik. for a better future.. tp benar-benar ganggu emosi saya lah. jadi buat adik-adik yang nak kawen awal, persiapkan diri anda untuk buat persediaan dulu, mental dan fizikal. berkahwin bukanlah bermakna kita akan bahagia n happy 100%, adakalanya keadaan akan buat kita emosi dan pelbagai cabaran lagi perlu ditempuhi.

okei, back to the topic. setelah sekian lama menunggu tempat posting, kami terus ke hotel permai pada hari isnin, 16 januari dengan membawa semua peralatan, pakaian dan mcm2 lagi.. penuh kereta abg.. abang banyak angkat barang, nadia tak leh angkat brg berat, tak larat. tp kami cukup seronok. dalam hati sentiasa doakan kami dapat satu tempat.. kalau lain-lain tempat, mungkin abang akan hantar saya dulu.. walau jauh mcmane pun. setelkan saya dulu, baru g tempat abg. oh, ketika ni, saya rasa sy amat hormatkan dia.. dia syg saya.. bila abg mengalah sekali je buat saya, 10 kali saya nak balas balek kebaikan dia..

Alhamdulillah, sampai kami di hotel, saya berjumpa dngan seorang wanita yang very nice, cool n lovely, Ayuni, IPGKSM. kemudian Lin Lina ipg yang sama. OMG, sy sangat teruja berjumpe mereka. definitely mereka sangat2 baik, boleh dijadikan sahabat sampai bila2.. sy harap hubungan baik saya dan suami dengan kenalan seperti mereka akan kekal selamanya.. sbb saya nak menghargai persahabatan bersama mereka..

setelah 3-4 jam kami diberi pendedahan tentang dunia pendidikan di terengganu then pada pukul 1, seorang demi seorang dapat surat lapor diri masing-masin... waaaaa, suami dapat SJKC di dungun.. nadia pulak? alhamdulillah... di SK Sura..syukran.. syukran jazilan.. USR JPNT.. semoga mereka sentiasa membantu kami dalam menjalankan tugas sbg seorang guru.. Ya Allah, Engkau permurahkan rezeki mereka, Engkau Rahmatilah mereka, mereka yang banyak membantu kami.. Mereka semua tu ibarat seperti bapa-bapa, terutamanya en Mat Lazim dan lain-lain. seriously, saya terharu. nak nanges je time tu.. hanya mampu kata syukur pada Allah... Syukur pada Allah.. Allahuakbar.. dalam hati ni je duk sebut..

Akhirnya setelah hampir 10 bulan lebih berkahwin, barulah  kami benar-benar dapat mencorakkan kehidupan kami sendiri di Dungun.. Seterusnya, sy & suami berterima kasih pada en Mat Lazim, dan makan. then gerak ke sekolah untuk lapor diri di sekolah terus..

SK SURA dan SJKC SIN CHONE.. wonderful new place for us. i'm ready untuk belajar apa sahaja dalam menjadi seorang guru prasekolah... jarak sekolah dalam 2 km je.. seronok sbb dekat dengan suami, jadi suami hantar ke sekolah hari-hari. jadi kami gune satu kereta je, sesuai dengan apa yang kami ada. now rasa bertambah-tambah sayang kat suami.. TERIMA KASIH buat suami yang sentiasa di sisi.. i love u dear hubby.

lepas ni citer tentang rumah sewa vs kuarters pulak... nak masak sarapan pulak.. arini junior nak dtg umah, nak pi pasar sat lagi.wat laksa penang.. harap2 jadi..

3 comments:

Admin said...

Hehe..
semoga berbahagia kak,
selamt berkhidmat untuk anak bangsa :)

pencintabumi said...

untungla.. org tu ad suami.. wuwuwu~~

~ Lady Nad ~ said...

AYU : THANKS DEAR.. U TOO. SMOGA BERBAHAGIA SLALU N SLAMAT BERPRAKTIKUM.

YAH : HOHOHO.. UNTUNG LER..TP DUK GADOH GAK NIH..RUMET BARU KATEKAN..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...