Thursday 29 September 2011

Kem Bina Watak..

Assalam..
nad masih bergelumang dgn esaimen..
oMG..
arap2 cepat dapat setel kan...

Today, we gonna have a great fun at Kuala tahan! (i bet fun might be)..

so, off to Kuala tahan for a while..
bye2 Fb..Bye2 bloggy..

ari2 rindu hubby..
sape faham hati ni?

Hilangkanlah segala kebencian di hati ini...

Assalam..
sebagai seorang kawan, oh, saya amat menyayangi semua rakan-rakan saya..
tp jangan terlalu menyayangi..kelak akhirnya membenci.. 
tak sabar nak keluar dari sini.. bertahan slama 5 taun setengah... 
sering kali tertanya kenapakah terselit rasa itu di hati ini..
Ya Allah..gelaplah hati ini..ampunkan hambamu..gagal mengawal diri daripada kebencian..
apabila kepercayaan di khianati.. benci kan menimbul di diri..
mungkin selepas keluar dari sini, i'll be better, i hope, i dapat lupakan semua trauma tu, dan dapat hidup ngn hubby dgn baik..


yang pastinya, org takkan faham apa yang kita rse slagi tak merasainya..
cuba untuk melupakan peristiwa tu, tapi gagal..ia sentiasa menghantui..
walau hanya sedikit., walau mungkin sekhilaf cuma..
bniar hati ini sahaja yang tahu.
biar ia terus membungkam di hati ni..
akan ku cuba tuk melupakan segalanya selepas ini..


tapi ini tak bermakna aku membenci semua sahabatku..
ramai sahabat yg sangat2 baik di sini...
kadangkala sebak juga di hati mengingatkan kebaikan sahabat2 yang lain..


hati bila dilukai, ssh benar nak sembuh..
walau bertahun2 dah berlalu..


oleh yang demikian, 
walau kita ni ade hubungan baik dgn Allah,
jika hubungan dengn insan /manusia tak baik, tak bermakna jugak..
Allahualam..



p/s: I love my frens than my hatred.

Monday 26 September 2011

Jamuan demi Jamuan

Assalam..


Seronoknya berada di IPG ni..
Sgt2 lah suke, dapat makan makan..
jamuan sini sana..


hurm, hanya beberapa hari je dapat bersama all the girls in PRAKS.
OMG, sukeee! nak abis, tp sedih gak la nak tinggalkan kwn2..


semalam jamuan kat JIP. Jabatan Ilmu pendidikan..
harini kat Pusat Sumber..
makan sampai perut kenyang!


Alhamdulillah.. murah rezeki..
skrg ni bz dgn segala esaimen.


30 hb ni lak, going to be a fun moment..
Going to Kuala Tahan..
ni lah kelebihan IPG..
dapat jalan2 mane2 je..


tahun ni, ni last aktiviti bersama pensyarah..
pensyarah yang paling rapat dgn saya adalah En Che Lah..
dari 5 tahun setengah yang lalu..
banyak kenangan bersama, but kami tak skandal.
hubungan profesional..
dia banyak bg motivasi pada kami tuk lebih cemerlang dlm bidang prasekolah..


e n che lah, org yang pertama yang yain dgn kebolehan saya dan rakan2 dulu..
he's inspire..
Terima kasih byk2 encik..
Beliau jugak saya anggap mcm saudara saya kat sini,
lantaran saya ni takde saudara mara terdekat kat sini.
banyak bagi peluang kepada pelajar dan very sempoiii.
:)


 Starting from this week, kami PRAKS akan sgt2 BZ every week..
OMG. hopefully semua perjalanan kerja dipermudahkan..


Hubby : Syg, tinggal less than 1 month more to meet u.. Alhamdulillah..


love,
student ipg,
isteri aiman.

Urut Kaki di CAMERON HIGHLAND!

Assalam...
Alhamdulillah..

Petang semalam selamat sampai ke IPG setelah bermalam di CAMERON HIGHLAND. Subhanallah. Sesungguhnya percutian yang tak disengajakan tu amat membahagiakan. Bersama rakan2 sekelas, iin, dayah, mahirah dan adibah. Kami perlu tabah di cameron highland krn kami dtg ke sana hanya dengan sehelai sepinggang..! Tujuan kami keluar hanyalah sekadar mahu pergi mengurut kaki sorang rakan kami yang terseliuh buku lali.. bukan niat kami nak bercuti, tak terniat pun, sekadar nak pergi ke Penjom, kami ajak kwn2 temankan kami. tak sangka daripada Penjom, tukang urut p kebun, kami terus ke raub, menziarahi ibu anak murid Mahirah, kami terus melajakkan diri ke Cameron. bak kata kawan2.. "Alang-alang" kan... huhu..

Sorrylah sahabat2 sekalian... tak sempat nak mengajak kamu semua.. memang bidan terjun ke sana. mula2 ingat tak maw tidoq sana, tapi last2 tidoq gak, gara2 makanan lambat sampai, dan kawan2 bimbangkan saya yang nak drive ni. Sehelai sepinggang.. dah la tak mandi pagi.. mujurlah kat cameron highland tak berpeluh... Kami decide tuk cari hotel2 murah kat sana.. Alhamdulillah.. rezeki kami.. ade hotel RM80 tuk 5 orang.. bolehla.. kami amik je.. sbb takde pilihan kan.. but,so far.. OKeh la..

wonderful momet kat sana sbb 1st drive sendiri g cameron. geng2 motor konvoi pun ramai gak.. Sgt suka kenyamanan udara di cameron. buat hati rasa tanak balek ke ipg.. n nak posting sane.. hahaha..

pitcha tade lagi.. tggu iin upload kan gambar..  bila ade kat sana, terus je rase nak berdating ngn hubby la pasni.. Oh hubby.. 1 month to go.. I MISS U a Lot!

kenapa lelaki tak merindui wanita spt wanita tuu rindu ek?

Thursday 22 September 2011

.Semangat Perlu Terus MEMBARA..

Assalam..
Goodmorning everybody. 


lately banyak buat blogwalking n meninjau2 blog org lain..
tetibe trase jeles yang teramat sgt OKEH.
napelah org lain menulis sgt baik, berinformatif dan sebagainya..
i'm madly jelous!


huhu..Anyway,
it made me much eager to write better..
tp kekangan masa mungkin jadi penghalang, sementelah internet put ciputt2..
tapi takpe. kekangan ni harus jadi cabaran, bukan?


Lagi sebulan lagi di IPG ni.
saya SGT HAPPY!
sebab hanya meniti hari tuk meninggalkan IPG ni.
Kembali nak berkepit dgn suami pasni...yeyeye! *lompat2*
-done, takmo ckp pasal hubby lg ni-


erm, nak tinggalkan maktab bukan maen,
tp nak buat esaimen sgt CULAS!
i've got 3 Assignment to do.
oh, tambah lagi kene wat jurnal AR tu, 
nak edit lagi LAPORAN.
hurm. at least 5 work MORE.


Pembentangan Action Research done yeterday,
n todayy.. we are FREEE..yahooo~
tak lah daku tersiksa mendengar presentation kwn2 kerana mengantok.
bukan mereka present tak best, tp pensyarah suh dtg gak walau dah bis bentang.
tp takpe, kami budak baik, mesti ikut punye pensyarah kata ape.
hihi.. that's the moral value yang ade pada kelas kami. PRAKS.
i love them so much.


Hubby, kau selalu di hati.
jgn nakal2. takmo. takmo. takmo.
:)


sekarang, saya bersemangat mahu membuat kerja / esaimen En Fazli.
one of my best lecturer in IPG.
Seronok berada di kelas En Fazli B. Mohd Bazin.
banyak pengalaman2 yang dikongsi.
n the part is dia suka berkongsi cerita..
sesungguhnya En Fazli sorg lectrer yang baik,
moga Allah menambahkan rezekinya dan memudahkan perjalanan hidupnya.
oh, how i love all my lecturer!


Okeh, i'm back wit semangat yang membara...
nak list dulu jadual tuk setelkan kerja (walupun kdg2 tak ikut)
Then, i assume i akan setelkan semua kerja before this coming MONDAY.


Ya Allah, 
aku berniat ke atas mu Ya Allah..
Permudahkanlah segala pekerjaan ku dan suami ku..
Amiin..


*btw, i miss my keluarga mertua. thought about them a lot lately..rinduu tok..*
daaa~


love,
Isteri aiman.

Wednesday 21 September 2011

INDAHNYA RUMAHTANGGA...Realiti @ Maya?


Ketika ni, daku berada dalam kelas dr Azhar oleh kerana ada pembentangan KAJIAN TINDAKAN. kajian tindakan / tesis la.. nak wat keje mood takde lagi..

ingat nak datang kelas lambat sikit. nak buat sandwich jap.. dah tengah buat, tetibe dapat msg kene ASAP dtg bilik sarjana. Setiap hari termimpikan anak-anak kecil, bayi berusia setahun..tapi malang, dalam mimpi pun, maseh tade rezeki nak mimpi anak sendiri.. mungkin dah tiba masanya naluri tu makin ade. walau lambat lagi. hampir setiap malam. jadi saya harap hubby faham knapa prasaan saya selalu dibelenggu. kadangkal perkara ni buat saya selalu tiba-tiba rindukan suami. perlukan sahabat, perlukan seorang abang. Sampai kadangkala saya lupa, Allah tu Maha Adil. Mesti ade sbb semua ni.

Suami skrg sgt sibuk dgn segala esaimen dan kajian tindakannya. Saya harap saya akan menjadi seorang isteri yang amat memahami suaminya. Sesungguhnya, isteri solehah itu penyejuk hati suami. siapa tak nak jadi isteri solehah. besar pahalanya.

suami menghilangkan rindu dengan menyibukkan diri dgn kerja. saya pulak? herm. mengimbau memori di segenap ruang hidup saya ni. *yelaa, dah takde bende nak buaat kan.. wat esemen malas..* biar saya duduk sendirian kat ipg, kawan2 smua balek pun, sunyi saya hilang bila teringatkan suami. yang buat saya rindu dia adalah kebaikan diri dia terhadap saya. rasa terharu buat rindu tu menebal. then mula lah kol menangis2.. (oopss.)..

tp sekarang setiap hari saya menghitung hari, oleh yang demikian, hilanglah rasa rindu tu. menghitung hari buat rase eksaited la.. yang pastinya.. kegembiraan seorang isteri untuk berjumpa dengan suaminya.. Alhamdulillah.. Allah setia di sisi.. Allah berikan kami kekuatan.. Moga diperkuatkan jodoh saya dgn suami saya. Saya tak sanggup lagi kehilangan dia. tak puas lagi menjalankan tanggungjawab saya.. tak sempat lagi nak jadi isteri yang sebenar buat dia.. kami masih ibarat suami isteri dunia maya lagi..

kronologi perkenalan, perkembangan dan kesatuan kami tak lengkap lagi.. nanti saya nak menitipkan memori kenangan semua ni dalam entry-entry akan datang. Yang pastinya saya jatuh hati padanya sejak kali pertama kenal dgn beliau. ssangat menrindui pengalaman tu. Sgt INDAH. tu yang pasti..

suami, berikanku peluang tuk menjadi isterimu. pohonlah pada Tuhan, kitakan bersatu. Waktu bercinta dahulu, setahun berjumpa hanya sekali dua setahun. boleh dibilang dengan jari je date-date kami.. paling lama dulu pun dating, waktu g Genting, Memori tu pun sgt indah. bila depan mata dia, saya terasa ibarat hati ni sentiasa bergembira, BAHAGIA, indah, seronok. Tak tergambar pengalaman tu.... Bila nak berpisah dgn dia, rase sedih sgt, rakan2 pun tgok saya tak dapat menahan perasaan saya, air mata berlinangan pabila kami berpisah di KL central tu. Ya Allah, aku ingin menyayangi lelaki ini sepenuh hatiku, aku ikhlas menyayangi insan ini, satukanlah kami di dalam IRADATMu.. Ya Allah.. ni lah doa yang selalu di ucapkan.. pada setiap kali saya teringat pada dia dahulu..

Saya ingin merasai KEINDAHAN berumahtangga, kerana saya ingin menyayangi dia tanpa batasan. Alhamdulillah. segalanya dipermudahkan. Syukur. Syukur. Syukur Ya Allah..

Suami sentiasa di hati, di segenap hati. Tapi ibu bapa tak pernah saya lupa. saya sedari betapa Allah memerintah hambanya (wanita) mematuhi suami di tempat pertama. kenapa dan mengapa, makin saya fahami. Betapa agungnya kuasaMu tuhan. saya melalui dengan baik sedikit demi sedikit. saya belajar menjadi seorang isteri. Tak sabar rasanya nak membina keluarga sendiri, nak punyai rumah dan kereta sendiri. Hurm. rindu kembali lagi..

Teringat saya ketika raya yag lepas, suami mengalah pada saya, beraya di rumah saya pada tahun ni.. sungguh saya mengagumi suami apabila beliau mengalah pada saya. Selalu ikut kehendak saya, Oh abg. TERIMA KASEH. rasa nak ikut je smua kata2 dia pasni.. Sekali lelaki tu mengalah, 10 kali rase nak mengalah pada dia. Di rumah pula, saya seperti biasa kepenatan apabila tiapkali raya, adik2 saya kedua-duanya nak exam tahun ni. UPSR dan SPM. Oleh yang demikian, saya kene lebih banyak beralah. BAHAGI masa dengan baik, between kerja rumah, suami dan keluarga. Penat! tapi BAHAGIA.

Suami sampai sehari sebelum raya, shopping baju-baju dia, spend masa di kala jammed teruk di bandar Kuala terengganu, seronok berdating dgn suami. Segalanya bebas. Waktu raya tu, suami tahu saya penat, tatkala duduk menonton televisyen dan saya baru nak rehat, suami picitkan kaki. Oh sayang, saya masih lagi tak mampu jadi isteri yang baik. Saya sepatutnya buat semua tu pada suami. terbalik pulak. tp bila dia memahami saya dan keluarga, alhamdulillah. makin saya merindui dia. makin menebal kasih sayang. suami juga banyak membantu saya dan adik2 melayan tetamu. saya tak buat air skali pun raya kali ni, semua suami buat.. saya blakang tabir, membasuh pingan mangkuk dan gelas selepas tetamu datang.

Pabila suami tiba masa untuk pulang.. Saya sedikit pun tak menanges, sedangkan beliau teruk menanggung pedih di hati nak meninggalkan isteri tersayang ni.. (ececeh..). Suami naik bas, pas bersalaman, suami kucup dahi dan sbgnya. Saya masih lagi ok. balik dengan hati yang sedih, tapi tegar. sesampai di rumah, masuk bilik je, saya terus menanges teresak-esak. tak tertahan hati. Rasa kehilangan, rasa mcm diri ni kekurangan, tak lengkap.. oh, DASYAT sungguh perasaan ni.. baru saya terasa sakitnya berjauhan ni..

Kembali dengan dunia rumahtangga maya...saya akan terus mencintai dia. Insyallah.. suami dunia akhirat... Amiiiin..

love alwais,
isteri aiman.

Tuesday 20 September 2011

I love flowers!


i love flower.
made me feel calm.
doesnt girls are flower?
men are bugs!
hehehe..
love u roses...!


R.a.j.a.N.a.d.i.a


kadangkala, 
serasa ingin ku jeritkan,
segala di hati,
ingin aku tangisi segala derita di hati,
ingin ku lafazkan segala rindu terpendam.
berat bahu memikul,
berat hati menahan beban,
siapa sangka bahagia diuji begini,
hilai tawa bukan pengubat jiwa,
sebak hati bukan tanda luruh kasih,

tiada siapa kan memahami hati ini,
tiada siapa kan memahami rindu ini,
air mata bagai penghilang duka,
pujuk rayu bukan harapan terhegeh,
cinta suci, membawa air mata kaseh,
sebening air di kali,
kasehku tetap tak teralih,
kekal. kekal. dan terus kekal.
manis rindu berat dikalbu,
ku syukuri segala nikmatMu..

oh, ku rindu padanyaaa.
setiap hari rindu,
bila kan bertemu..

*air mata di pipiku*

Monday 19 September 2011

KEGANASAN RUMAH TANGGA







Akta keganasan Rumah Tangga 1994 (akta 521)

BERTUJUAN mengadakan peruntukan bagi perlindungan undang-undang dalam situasi keganasan rumahtangga dan perkara-perkara yang berkaitan. telah dikuatkuasakan di seluruh Malaysia pada 1 Jun 1996. jenayah keganasan berlaku kian meningkat dan menjadi masalah sosial. Undang-undang yang memberi perhatian  yang khusus dalam hal-hal keganasan rumahtangga dan memperuntukkan beberapa cara penyelesaian.

Apakah Keganasan Rumah tangga?

Keganasan seumpama ini adalah pada asasnya suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang sering berlaku apabila pasangan (lelaki) cuba mengawal atau mendominasi pasangannya.

Beberapa contoh Keganasan Rumahtangga

1. Memutuskan perhubungan wanita daripada kawan2 /saudar maranya
2. Memalukan wanita tersebut di hadapan kwn2nya
3. Menyekat beliau menggunakan telefon /kereta
4. Memaksa beliau tersebut memberitahu ke mana shj pergi / dgn siapa beliau berada.
5. Penderaan fizikal atau psikologikal
6. Menjadikan wanita terpaksa bergantung dari segi kewangan
7. Mengasingkan wnita tersebut dari sokongan yang beliau perlukan utk meninggalkan pendera.

Mengapa lelaki memukul?


  • Mmg benar lelaki bukan semua bersifat mendera, namun lazimnya lelaki adalah pendera dan wanita menjadi mangsa
  • lelaki memukul krn mereka merasakan bahawa mereka mempunyai hak untuk bertindak demikian / berfikir bhw perasaan mereka adalah lebih utama drp wanita
  • lelaki membuat pilihan bagaimana mereka harus meluahkan sikap agresif mereka dan ke atas siapa mereka harus berbuat demikian.
  • Selalunya lelaki yang memukul isteri, tidak akan memukul majikan, rakan sepejabat atau sahabat  mereka sendiri.
Teori Kitaran Keganasan

  • Peringkat pembangunan - Peningkatan rasa tertekan
  • Peringkat Pemerhatian - Lelaki itu menjadi ancaman
  • Keganasan Meletus - Keganasan berlaku / bermula
  • Peringkat Penyelesaian - Lelaki itu meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.
  • Peringkat Berusaha - lelaki itu berusaha memenangi kembali wanita tersebut dgn berjanji untuk berubah.
  • Peringkat Bulan Madu - Keadaan tenang dan juga mungkin penuh kasih sayang.
  • Peringkat pembangunan - rasa tertekan bermula kembali.

Mengapa wanita sanggup di dera?

Sbb ketakutan, survival ekonomi serta tidak mampu menyelesaikan masalah itu.



*************

" Sentiasalah menasihati isteri dgn lemah lembut. Ini kerana mereka dicipta daripada tulang rusuk lelaki paling bengkok, iaitu paling atas, jika diluruskan pasti patah, jika dibiarkan, ia akan terus bengkok" - Sahih Al -bukhari (4890) dan Muslim (1468).


Review : Moga kau Mengerti II

Cinta di awal remaja itu semanis coklat,
lagi dimakan, lagi dikenang.
kalau ditolak sayang dan rugi,
dimakan perlahan-lahan memang mengasyikkan!

"if you love someone deeply, let it go. if it comes back to you, it's yours, forever to hold. if it doesnt, then you should know that it was never meant to be yours at all."

you never get chance to make first impression.

A woman will lie to make u feel good. A man lies to make himself look good.

If U want to learn to love better, U should start with a friend U hate.When someone loves U, the way he says Ur name is different. U know that ur name is safe in his mouth.

Dont find love, let love find u,
thats why it's called fall in love,
because U dont force ur self to fall,
u just fall.

If i know what love is, it is because of u.

U seduced my mind and soul.

it takes a minute to have crush on someone,  an hour to like some one, and a day to love someone like u.

marriage is not bed of roses.


:)

Review : Moga kau mengerti

Sinopsis:
Perpisahan membuat Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disisih wajah dan nama Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, Dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan dengan lelaki itu.

Melayari lautan kehidupan yang sesekali mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.

Kehadiran e-mel daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung. Cinta lelaki itu tidak mengharum di jiwa.

Abang...
Adakah aku yang khayal kasih sayangmu
Hingga aku tertanya-tanya siapa yang lebih luhur setia
tapi kau lukakan hati ini hingga kecewa
Aku derita setelah menyanjung cintamu

Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta di hati setelah dihancurluluhkan?


****************

Kisah ni berkisar tentang kehidupan seorang wartawan majalah dewi. tak sangka eh, kehidupan  seorang wartawan tu mcmtu..
giler aa.. mujur lah nadia jadi cikgu.. takde mase langsung nak berfamily..
tp tak tahulah kan.. sbb bace dalam novel je..
lame dia memendam rase terhadap kamiali tu.. sorang abg yang penyayang, setelah sekian lama dia terpisah dengan kamali, akhirnya terjumpa semula slepas mendapat emel daripada seorang wanita bernama WANI. 
di saat itu juga, beliau berkenalan dgn Dr Adib yang sgt baik hati.. membaca sinopsis cerita ni, taksangka cerita ini digarapkan dengan menarik, 

ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari..
tulah yang dirasakan oleh watak utama, Adeena Adalia Rasya..

selepas membuat pilihan hati, memilih Kamali dan meninggalkan Dr Adib yang sanggup buat apa shj untuknya tu bukanlah suatu tindakan yang bijak..
Kamali rupanya seorang suami yang suka mendera isteri rupanya..
keganasan seksual berlaku terhadap dirinya. 
dia terpaksa menyimpan segala rahsia seorang diri..
lebam2 dan luka2 di serata badan adeena..
dan sampai suatu masa sehingga beliau luka teruk dan cedera teruk di kepala, hidung dan bahagian lain hanya kerana suami yang dulunya kekasih yang penyayang menjadi seorang lelaki liar.
yang meragut kebahagiaannya..
namun beliau tetap menyayangi dan menghormati suaminya.

Rupa-rupanya suaminya itu sebenarnya mengalami tekanan perasaan akibat ayahnya dahulu yang sering memukul ibunya dan dirinya suatu ketika dahulu.
akibat luka teruk yang menyebabkan dirinya terlantar, akhirnya Kamali sedar kesalahannya dan insaf.
lalu menceraikan adeena kerana takut mendera adeena lagi.
Dr Adib yang sentiasa di sisi Adeena,membantu Kamali mendapatkan bantuan kaunseling dan menikahi Adeena..

**********
plot cerita agak bosan sbb slow..
banyak skip2 gak, tapi faham jalan cerita dia..

banyak kata2 yang best dalamnye.. nnt i update lagi kata2 tu..
feels like heaven!!
ayat laaa..

i nak update ttg kes KEGANASAN RUMAHTANGGA.
Hurm.. sabarlah wahai isteri malang..



Day after day..

assalam...
wehehe..
i'm so glad to be back, writing this silly post..
:)

lagi 5minggu tuk majlis abg.
homestay baru je setelkan tadi..
cun giler rumah tuu..
D astana Homestay..
at bandar puteri jaya..

alhamdulillah..
syukur..
abg yang carikan..
mmg homestay tu tercipta tuk kami kot nih..
sbb baru iklan smalam..

en nizam namanya..
takpe,nnt nad buat review..
suka ngat wat reviu yang tak mende2 nih..

mcmne nak buat blog ni lebih ilmiah..
tp coming soon..
im just interested to blog..
but tak kesah pun ttg ape.
so dun ask me what/why i've blog..

nak reviu cerita n novel nnt.

minggu lepas sgt best.
walau duksorang2.. tapi sgtla happy.
melayan diri sendiri..
memanjakan diri dgn muvie2..
i love it!

miss u hubby,
isteri aiman~                                                                                                                          

Friday 16 September 2011

Alone in IPG.

Assalam..
minggu ni boleh dikatakan 90% guru pelatih balek ke rumah.
tinggal la kami yang beberapa org ni je kat sini..

okei, malam ni rase agak scary movie laaa..
blok seroja ni kosong..
now magrib.. errmm. tetibe rase takot lak malam ni.
nak p amik wudhuk pun takut..
Ya Allah berikan aku kekuatan.

mase lapang sgt banyak sehari dua ni.
but i've got 5 novel to be finish.
korean drama quite some gig jugaklah.
but i'm happy n sad also.

but. i'm a strong woman kan.
jadi, nadia, never give up.
make life happier!

banyaknye planning esok.
rase nak buat suprise kat hubby.
18 hb n 9 ni.. genaplah kami berkahwin selama 6 bulan.
alhamdulillah..
di umur 23 tahun ni,
nadia dah bina rumah tangga dengan seorang lelaki yang sama2 belajar lagi..
smoga suamiku sentiasa menyayangi aku. Ya Allah.

bila depan mata hubby,
rse happy sepanjang masa.
dia sgt buat sy rindu dia.

:)

blok seroja sunyi..
kelihatan hanya ade beberapa bilik sahaja yang berpenghuni..
nadia? melayan cerita lovestory in harvard.
smalam abeskan cerita prosecutor princess.
so sweet cerita tu..
x tahan betul tgok lelaki korea menanges..
knapelah pelakon lelaki melayu tak mampu buat camtuu..

seronoknya dapat apa yang slama ni kite tak dapat buat..
esok planning : masak2 pulak...
weheeee! SO HAPPY.
tp lagi best kalau masak untuk hubby.
tak sabar nak hidup bersama suami.
my hubby yabby!

alone in ipg..
alone bersama kura2 comel milik huda..
spatutnya ade momo skali..
n bibi (my teddy bear)..

smoga esok lebih baek.
amiiin..
ya Allah..
permudahkanlah urusanku dan suamiku..
Engkau dekatkanlah kami tahun hadapan.sesungguhnya
Engkaulah tempat kami mengadu..
Engkaulah Maha mendengar rintihan hati kami.

Love,
isteri aiman.

Monday 12 September 2011

rindulah lagu PERFECT TWO.

Verse1
You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain
And I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date
You can be the hero
And I can be your sidekick
You can be the tear That I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or u can be the sun when it shines in the mornin'

Chorus
Don't know if I could ever be Without you
'Cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see That we're all we need
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause you're the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

Verse 2
You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages
You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as were together

Chorus
Don't know if I could ever be
Without you 'cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

Verse 3
You know that I'll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can't live without ya
I love the way that you smile
And maybe in just a while
I can see me walk down the aisle

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry
Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for u)
U take the both of us (of us)
And were the perfect two
Were the perfect two
Were the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two(yeah, yeah) 






:)
tak sabar nak tunggu hari bahagia lagi sekali ni.
sbb dapat jumpe hubby.

Contoh Isteri Solehah di zaman Moden ini. (pentingnya seorang isteri kepada seorang pejuang)

First of all..
credit to : http://mayas-sourceofmotivation.blogspot.com/2007/07/pentingnya-seorang-zaujahisteri-kepada.html

baru habis perbentangan AR. Alhamdulillah.. syukur..
i've done my best.. truly my best...

so bace blog jap..
terbaca artikel kat blog ni, ketika google panggilan buat suami..

teringin nk jadi MCM isteri dia..
Ya Allah jadikanlah aku isteri solehah yang di sayangi oleh suaminya..
Aiman B. Hamidon..
Sejukkanlah hati aiman..
sesejuk syurga Mu...



Pentingnya Zaujah / Isteri  kpd seorang Pejuang


Terlibat dalam Jamaah adalah suatu perkara yang paling baik yang pernah ana lakukan kerana di sinilah bermulanya erti kehidupan ana yang sebenar. Diperingkat awal penglibatan memang banyak dugaan. Hatta, hingga ke hari ini pun masih ada lagi ujian yang harus dihadapi.
Memang letih untuk terlibat aktif dan memegang beberapa amanah berbentuk jawatan atau tugasan. Dalam hal ini memang sukar menolak bila sahabat memerlukan khidmat dari ana. Tapi kudrat ini terbatas, hanya Allah sahaja yang tahu. Namun ana bersyukur kerana Allah menganugerahkan seorang Zaujah yang rajin dan prihatin untuk menjaga ana.
Walaupun kerap keluar malam dan kembali ketika saat dinihari, namun kesabarannya berjaya menyejukkan hati. Berkat dari pembacaan dan tunjuk ajar dari orang-orang tua, bahtera yang baru setahun jagung ini tetap utuh walaupun sesekali dipukul ombak. Pelbagai ilmu cuba ana praktikkan bagi menjaga hubungan suami isteri, mana yang lebih kami kongsikan mana yang kurang kami tambahkan.
Masing-masing ada keburukkan dan keistimewaan. Dan peristiwa DEMAM PANAS sabtu lalu benar-benar menunjukan keistimewaan zaujah ana.
Pada Jumaat malam 22 Jun lepas, selepas sahaja mesyuarat bulanan bersama pemuda Titiwangsa kira-kira jam 12.00 tengah malam, ana terus menghantar seorang sahabat lama ke rumahnya di Padang Balang. Hujan renyai-renyai baru sahaja turun. Ketika sampai dirumah jam menunjukan masanya, 1.45 pagi. Keadaan sekitar Taman Batu Permai masih lagi bergelap, termasuklah rumah ana. Sejak jam 8.30 malam lagi, semua talian letrik sekitar Taman Batu Permai terputus, entah kenapa.
Walaupun hujan semakin kuat diluar, namun bahang panas dalam rumah amat terasa. Memang sedikit terganggu kehidupan dibandaraya ini bila letrik tiada, kipas pun tak dapat dihidupkan. Ketika masuk ke bilik, Kelihatan zaujah ana sedang tidur dalam keadaan berpeluh. Ana amat memahami kerana sejak berbadan dua ini suhu badannya memang berbeza. Lantaran itu, ana menyelakkan sedikit kain langsir dan membuka 'sliding door' untuk membenarkan untuk sejuk diluar menyelinap masuk ke dalam bilik.
Selepas bersihkan diri dan menyalin pakaian, ana terus tidur. Tidur yang cukup lena diiringi oleh rintikan hujan yang kian lebat diluar.
Ketika zaujah ana kejutkan untuk bersolat subuh, memang berat nak bangun, badan terasa lemah. Namun untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah, ana kuatkan juga. Selepas solat subuh ana tidur semula. Zaujah ana kehairanan sebab petang semalam ana bagitau dia bahawa pagi ini ada program bersama PASTI di Cheras dan perlu keluar awal.
Zaujah ana kejutkan semula. Bila melihat ana mengigil dan memegang dahi ana yang panas barulah dia faham. Ana kena demam panas.
Alhamdulillah, dia tidak panik. Ana diselimutkan dengan selimut tebal dan dibiarkan tidur sebentar. Dalam pukul 8.30 pagi, dia mengejutkan ana lagi. Ketika ana bangun memang terasa lemah
Kelihatan bilik telah dikemas, kain baju telah dibasuh dan disidai.
Dia memimpin ana ke tandas dan terus memandikan suaminya yang amat dicintai ini. Dia mengosok tubuh ana sambil memberikan kata-kata semangat. "Ini adalah ujian Allah, Allah nak bagi pahala" ujar zaujah ana.
Bila melihat kesungguhannya disaat memandikan ana, memang terasa terharu. Inilah dia Isteri Solehah kurniaan Allah, pagi petang tidak lupa baca Al-Quran, sentiasa memahami dan menjalankan tanggungjawabnya pada Allah dan suami.

Selesai sahaja mandi dan lengkap berpakaian, kami ke Klinik yang berhampiran. Doktor di klinik tersebut sedikit terkejut bila melihat termometer yang menyukat suhu badan ana."over 100¡í itulah yang terkeluar dari mulutnya. Suhu badan ana lebih dari 100 darjah Celcius. Ana diberikan satu injection dan ubat.
Sampai dirumah, zaujah ana terus menyediakan makanan berupa bubur. Ana disuapkan, dan sepintas lalu ana terkenangkan saat ketika zaman bujang dikampus dahulu. Seorang sahabat karib pernah menyuapkan makanan ke mulut ana ketika ana dimasukkan ke dalam wad di HKL. Tapi kali ini rasanya berbeza. Walaupun tekak terasa perit untuk menelan makan dan air, berkat keikhlasan seorang wanita yang bergelar zaujah ini segalanya mampu ana hadapi. Walaupun cuma beberapa sudut tetapi ia cukup untuk mengenyangkan perut ana.
Ana terpaksa batalkan dan tarik diri dari semua program sepanjang hujung minggu ini kerana tidak terdaya. Ana hanya mampu terbaring di atas katil merenungkan kekerdilan diri sebagai hamba Allah. Dua hari ana terbaring dan tak mampu buat apa-apa. Semua kerja rumah, zaujah ana terpaksa lakukan bersendirian.
Selalunya jika ada masa dihujung minggu ana akan membantunya membasuh kain atau bersihkan rumah. Kali ini ana tak berdaya langsung. Service kereta pun zaujah ana terpaksa uruskan. Inilah dugaan Allah dan ana redha takdirNya ini.
Sesungguhnya Allah Maha Hebat dan Agung. Ia Maha Pemurah dan Menyayangi. DiberikanNya kita penyakit tetapi dalam masa yang sama dosa kita dihapuskan, pahala kita ditambah. Dianugerahi kita dengan kasih sayang dan kenikmatan hidup.
Hidup suami isteri memang menarik. Kita bersahabat banyak mana pun, tetapi dengan adanya seorang isteri yang solehah sudah cukup untuk membuatkan kita bahagia. Berkat seorang Isteri yang selalu mendoakan suaminya, InsyaAllah kita akan lebih maju kehadapan, asal sahaja kita tidak lupa pada tanggungjawab.
Kehidupan ini adalah satu tanggungjawab. Sebaik sahaja kita buka mata disubuh hari kita sudah ada tanggungjawab yang harus dilaksanakan. Kita tidak mampu hidup bersendirian, kita perlukan teman untuk kita meneruskan kehidupan ini.
Ana pernah hidup membujang, tetapi bila sudah berkahwin terasa banyak kelainan. Ringan bahu dan makin bersemangat untuk berjuang.
Kepada sahabat-sahabat yang belum berkahwin, ana nasihatkan untuk berkahwin segera. Jika tidak mampu berkahwin 4, kahwinlah 3, jika tak mampu, ambillah 2, jika tak mampu juga, cukuplah dengan 1. Kahwin ini satu amanah, tetapi dengan satu amanah ini, banyak amanah lain akan menjadi ringan dibahu kita. Terpulanglah pada kita untuk menjaga dan menguruskannya.
Dibelakang seorang lelaki yang hebat itu, pasti ada seorang wanita solehah yang menyokongnya. Jadi janganlah abaikan wanita yang bernama Zaujah ini, jagalah ia sebagai mana kita menjaga rusuk-rusuk yang ada dalam tubuh kita. Dekat dihati, menenangkan rohani.
Artikel ini sengaja ana nukilkan sebagai menterjemahkan sedikit keindahan alam rumahtangga dan penghargaan buat Zaujah ana yang tercinta serta zaujah para pejuang yang tabah, ikhlas dan taat pada suami mereka di seluruh dunia ini. Teruskan kebaktian anda pada suami, demi Allah doakan semoga mereka akan terus gagah berjuang kerana Allah- Herman Samsudeen
ketika artikel ini ditulis, ana masih demam lagi. InsyaAllah sehari dua akan sembuh. Semoga sahabat-sahabat dapat doakan kesihatan ana dan keluarga agar dapat menyambung aktiviti yang tergendala.

:: ilahi...Anta maqsudi wa redhaka Mathlubi... Ya ALLAH... Engkaulah tujuanku dan keredhaanMu adalah Matlamatku ::

Saat paling bz, saat paling teringatkan suami.

Bismillahirrahmanirrahim..
sebelum memulakan sebarang kerja,
sedikit sebanyak, nak conteng jugak dalam blog ni sikit.

esok nak present AR.
satu hapa tak buat lagi slide..
jadi malam ni. 
yeaaah! berusaha hingga ke titisan terakhir..
Nadia, U can do it!
yes u can.

esok pengakhiran hubungan dengan AR..
lepas bentang, then i'll be freee..
yippy. yippy..

Esok adik faiz exam UPSR..
ya Allah.. 12 tahun ak menatang adik iz bagai minyak yang penuh.
belajar menjadi ibu dengan mendidik adikku.
12 tahun.. subhanallah..
sekejap je masa yang berlalu..

Semoga Allah permudahkan adik iz.
sesungguhnya adik anak yang baik, adik yang baik..
permudahkanlah dia untuk jawap exam dengan baik..
moga tahun depan dapat sekolah yang baik juga.

**hubby**
kat umah aritu, bile duk rehat kejap,
selalu je suami amik kaki, urut tapak kaki..
now dah sedeyh..
kaki lenguh yang teramat!
tp kene sabar je..
nak je hubby kat cni..
okei. I Miss him.
sabarkanlah hatimu..
6 week left!

loves,
isteri aiman!

Ya Allah..
permudahkanlah aku esok..
biarlah aku dapat buat dengan baik semampu yang mungkin..
amiiin.~

Sunday 11 September 2011

.sehari sebelum presentation.

Assalamualaikum..
urm..
bangun tidur dgn kedaan sakit kepala..
nak muntah pun ade.
mama said : "ntah-ntah ya pregnant.."
yaya said : "oh, tak mungkin!"
mama said : "okei, fine.."

bila tengah tulis blog nih..
rse lak nak muntah lagi..
pening..
smalam tidur lambat..
tunggu masa tuk kejutkan hubby..
ari2  dia penat..
wat keje pun takdan..
tulah pengorbanan hubby pada nad.
i akan alwaiz remember it..


bila sakit ni, 
rase nak berzikir je dalam hati..
mintak ketenangan hati..
subhanallah walhamdulillah..
wala ila haillallahuawallah wallahuakbar.

nak stat edit action research..
smoga Allah permudahkan..
esok titik terakhir dah..
tp nadia rase nak nanges..
sbb tak ready lagi.
kdg2 nadia pun tak faham ape yang nak kene bentang tu..
cukuplah tuk nadia katakan..
kaedah tu berjaya..

hari ni dan esok..
mungkin nadia akan berada di dalam tekanan.
so takmau senyum. 
rase nak badmood je..

betul hubby  kate, 
nad ni jenis ralit kot nih..
tu yang buat diri ni slalu je lambat2 wat keje..



HIPOKRIT!

1st of all..
i nak bgtawu that.
I'm NOT HIPOKRIT!
sape2 yang bace blog nih..
or blog2 sebelum nih..
kalau korang nak tawu..

this is me.
Raja Nadia.

bukan jenis pompuan nk buat2 baik org buat comey..
or buat attractive ke hape..

kadang2 sesetengah blogger..
wat2 cute la..mcm2 la.. (nak muntahss wase)
pada hal dia bukan jenis org mcmtuh..
sesetengah org prefer blogging sbb kdg kala mereka ni tak reti berkawan kat dunia realiti..
kadang2 mereka mungkin tak attractive kat dunia sebenar..
so kat dunia penulisan nih mereka dapat perhatian..
so mereka akan obses n try to be somebody dalam dunia maya nih.

BUT..
ade jugak org yang dikurniakan dua2..
bakat dalam penulisan, tapi kat luar pun sama, very attractive..
contohnya hanis zalikha la kan..
one of the famous blogger..

erm. tu atas diri masing2..
stop pretending.
be ur self! =)

AND I?
saya ni pelajar sem 8.
IPG Afzan.
yang anggap blog ni catatan peribadi je.
personal jugak kdg2..
kdg2 tak personal.
IKUT MOOD.

My hubby for me la very attractive person dalam penulisan..
cume dia je malas..
dia bukannye suke tulis blog ngarut2 nih..
tambah2 kdg2 dia menyampah ngan orang cengginii ni..
tp i sgt suke cara dia la..
dalam discussion or forum.
*okei, pitams skrg*
asik2 hubby je kan..
mcm dia sorang ade hubby.

biarlah saya ckp ttg hubby..
sbb rindu kat dia kan?

dulu kenal hubby pun kat discussion group IPG.
still ingat lagi moment2 tu..
kenal dia sejak hari saya benar2 lepaskan Z dari hidup saya.
*hubby sgt tak suke i sebut name Z*
jeleesss kan bi? hehe

penulisan bi attractive.
erm, takmaw citer pjg2 sgt ttg hubby,
nnt tak pasal2 org len berminat.
ni mesti sbb windu..
all the time fikir hubby.

i just wanna say..
u read my blog,
then u noe me.

Saturday 10 September 2011

Husnul Khatimah..

Assalamualaikum..
Selamat pagi buat semua..

alhamdulillah..
bersyukurnya pagini maseh lagi bernafas.
kadang2 takot..
kalau2lah kita bangun2 tido ni, tetibe tengok2..
kita dah jadi roh..
jasad kita tak bergerak..
alangkah sedihnya sbb kita ni tak dan nak kumpul banyak pahala
dan taubat..
tak dan nak mintak ampun dgn semua orang..
Ya Allah..
jauhkanlah kami daripada azabMu..
matikanlah kami dalam husnul khatimah..
kurniakanlah kami husnul khatimah..

ape maksud husnul khatimah?
nnt ustazah nadia akan terangkan sikit..
bile ade mase..

ni antara doa tuk dapat husnul khatimah..(pengakhiran yang baik)


اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ



“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”

sumber:
http://mromi.wordpress.com/2009/07/29/doa-agar-meninggal-dalam-keadaan-khusnul-khotimah/


satu lagi :



اَللّهُمَ أَكْرِمْ هذِهِ اْلاُمَّةَ اْلمُحَمَّدِيَةَ بِجَمِيْلِ عَوَائِدِكَ فِى الدَّارَيْنِ إِكْرَمًالِمَنْ جََهَلْتََهَامِنْ اُمَّةِصَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ   
Allahumma akrim haadzihil ummatal muhammadiyyata bijamiil 'awaaidika fid daaroyni ikrooman liman jahaltaha min ummatihi shallallahu 'alayhi wasallam.
"Wahai Tuhanku, Muliakanlah umat Muhammad ini dengan kebaikan pahala-Mu di dunia dan di akhirat, sebagai penghormatan bagi orang-orang yang menjadi umatnya."

Novel.ADDICTION. (Sinopsis 7hari Mencintaiku)

Lovestory easy write,
easy to read..
Pn Raja Nadia ni.. tak sedar2 diri lagi..
VIVA dah ari SELASA ni..
present my Action Research.

1. laporan tak siap lagi.. -> need to edit semua. tambah literatur review..
2. Powerpoint presentation tak siap lagi..
3. assignment En Fazli perlu dihantar minggu ni..
4. nak setelkan kerja as jawatan kuasa buku program dan sijil n tag name
5. uruskan tentang homestay bulan 10 ni. 

fening2..
tp buat tak tawu jek.
nnt stress.. 

smoga kawan2 juga dipermudahkan..

About NOVEL.
cerita 7 hari mencintaiku..
okei. efek utama novel nih..
buat nad rinduu gile kat hubby.
tetibe arini jd jiwang laks.
thats why Nadia, JGN BACE NOVEL.
keje satu tak siap.
obses kat hubby  lagi..
hehehe..

but, suke. sbb mencuci minda nih..
air mata pun abis kuar..
meleleh2..mujur rumet dah tido..
heeehee
Hilang STRESS la yang pasti..
Now bersemangat tuk siapkan kerja..
Insyallah..
dengan doa daripada ibu bapa, suami dan rakan2..
nadia leh lalui minggu ni dengan baik..

Ya Allah. permudahkanlah aku..
dalam melakukan ibadah Mu..
permudahkanlah semua rakan-rakanku..
permudahkanlah adik2 ku..
lapangkanlah dada dan minda kami..
amin..ya robbal alamin.

By the way.





Sinopsis novel 7 Hari Mencintaiku


"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Thursday 8 September 2011

Jerawat musuh utama Wanita!

erm. i hate pimples..
so thats why pimples n acne alwais melekat kat muka nih..
ingatkan pas kawen ni dah hilang..
huaaaa..
FYI. Its NOT!

Mybe satu lagi sbb perubahan hormon kot..
buat muka ni maken bertambah pimples nih..
I hate u. Hate u!

erm. malam ni nekad nak siapkan esemen En Fazli.
sukenye hati.
mggu depan dah bentang AR.

tp AR tak edit lagi.
sbb asyik bertukar2 je...

sebelum raya ni, 
mcm2 dah beli nak bg nmpk cntik depan hubby.
tp semua tak jadi..
so skrg agak give up.
time raya la byk gile jerawat naek..
sorry syg,
i've tried my best dah..

tp hubby pujuk,
even i byk jerawat skali pun,
i tetap di hatinya..
so cool down la sikit..
lega..
but, i still akan fikirkan ape shj tuk bg okei balek ni..
tp tensyen kurang la sikit..
happy bila ade hubby cmtu.
tentiu syg.
*tetibe winduu*

em, just back from umah mak ndak..
now dah kul 10 lebih.. 
harap malam ni dapat buat la sikit esemen tu.
chaiyok chaiyok nadia..

susahnya nak tido skrg..
em dah nak kul 11 dah. tak stat keje agi..



Wednesday 7 September 2011

MAKING LIFE HAPPIER.

I wish i was a happy go lucky girl.
erm. Woman actually.
no more gegirls.. married already..
but, definitely Happy go lucky is not my type..

i'm just me. living wit simply life.
happy in front of the others, doesnt means that u r truly happy.
bergelak ketawa sana sini..
ketawa terbahak-bahak sana sini..
erm. is that happiness?

i'm grateful to be Raja nadia.
a wife of Aiman Hamidon..
but. for me happiness is not just laughing n being happy..
it just something that undescrible..
a feeling that i alwais found after i felt the gloomy sadness..
kepahitan itu mengajar betapa manisnya kehidupan tu.

back to the almighty..
Allah..

betapa diri ni sentiasa gagal mengingati Allah sepanjang masa..
betapa lalai dan melalaikan diri ini..
slalu melakukan kesilapan dan kekhilafan...
erm. the truly happiness is from Him..

i hope, i will be a perfect wife, a perfect muslimah,
a perfect mum, a perfect daughter to my parents and in law,
the most, next year.
hopefully we can live together.

aiman is my guide..
n i'll guide him too..
becoz we need each other.
in finding jalan di redhai Allah..

i try to be happy..
where ever i go..
i hope my hubby too..
will always happy..
altough we're separated away.
but our soul together.

yes. i'm madly missing my hubby.
Tp perjuangan harus diteruskan..
kami akan fight lagi 2 bulan ni.
yeaah..kan hubby?

ILY. aiman.
isteri aiman.

Tuesday 6 September 2011

Draf pertama Tesis

okei. harini agak down pas balek kelas.
down.
down.
down.
down.
down.

banyak kene edit balek.
stress sket2..
tak ley lawan stress sbb hubby balek aritu la..

rase Lonely arini..
myb sbb stress kot.

pasal kunci bilik hilang lagii..
misterii betol...

hantu mane ntah amik.

okei. dah. nk out to the moon kejap.
layan citer hantu then tidoo.
esok mengajar kat pra pulak.
gantikan ainul.

hubby yabby.
isteri aiman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...