Monday 19 September 2011

KEGANASAN RUMAH TANGGA







Akta keganasan Rumah Tangga 1994 (akta 521)

BERTUJUAN mengadakan peruntukan bagi perlindungan undang-undang dalam situasi keganasan rumahtangga dan perkara-perkara yang berkaitan. telah dikuatkuasakan di seluruh Malaysia pada 1 Jun 1996. jenayah keganasan berlaku kian meningkat dan menjadi masalah sosial. Undang-undang yang memberi perhatian  yang khusus dalam hal-hal keganasan rumahtangga dan memperuntukkan beberapa cara penyelesaian.

Apakah Keganasan Rumah tangga?

Keganasan seumpama ini adalah pada asasnya suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang sering berlaku apabila pasangan (lelaki) cuba mengawal atau mendominasi pasangannya.

Beberapa contoh Keganasan Rumahtangga

1. Memutuskan perhubungan wanita daripada kawan2 /saudar maranya
2. Memalukan wanita tersebut di hadapan kwn2nya
3. Menyekat beliau menggunakan telefon /kereta
4. Memaksa beliau tersebut memberitahu ke mana shj pergi / dgn siapa beliau berada.
5. Penderaan fizikal atau psikologikal
6. Menjadikan wanita terpaksa bergantung dari segi kewangan
7. Mengasingkan wnita tersebut dari sokongan yang beliau perlukan utk meninggalkan pendera.

Mengapa lelaki memukul?


  • Mmg benar lelaki bukan semua bersifat mendera, namun lazimnya lelaki adalah pendera dan wanita menjadi mangsa
  • lelaki memukul krn mereka merasakan bahawa mereka mempunyai hak untuk bertindak demikian / berfikir bhw perasaan mereka adalah lebih utama drp wanita
  • lelaki membuat pilihan bagaimana mereka harus meluahkan sikap agresif mereka dan ke atas siapa mereka harus berbuat demikian.
  • Selalunya lelaki yang memukul isteri, tidak akan memukul majikan, rakan sepejabat atau sahabat  mereka sendiri.
Teori Kitaran Keganasan

  • Peringkat pembangunan - Peningkatan rasa tertekan
  • Peringkat Pemerhatian - Lelaki itu menjadi ancaman
  • Keganasan Meletus - Keganasan berlaku / bermula
  • Peringkat Penyelesaian - Lelaki itu meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.
  • Peringkat Berusaha - lelaki itu berusaha memenangi kembali wanita tersebut dgn berjanji untuk berubah.
  • Peringkat Bulan Madu - Keadaan tenang dan juga mungkin penuh kasih sayang.
  • Peringkat pembangunan - rasa tertekan bermula kembali.

Mengapa wanita sanggup di dera?

Sbb ketakutan, survival ekonomi serta tidak mampu menyelesaikan masalah itu.



*************

" Sentiasalah menasihati isteri dgn lemah lembut. Ini kerana mereka dicipta daripada tulang rusuk lelaki paling bengkok, iaitu paling atas, jika diluruskan pasti patah, jika dibiarkan, ia akan terus bengkok" - Sahih Al -bukhari (4890) dan Muslim (1468).


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...