Monday 19 September 2011

Review : Moga kau mengerti

Sinopsis:
Perpisahan membuat Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disisih wajah dan nama Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, Dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan dengan lelaki itu.

Melayari lautan kehidupan yang sesekali mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.

Kehadiran e-mel daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung. Cinta lelaki itu tidak mengharum di jiwa.

Abang...
Adakah aku yang khayal kasih sayangmu
Hingga aku tertanya-tanya siapa yang lebih luhur setia
tapi kau lukakan hati ini hingga kecewa
Aku derita setelah menyanjung cintamu

Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta di hati setelah dihancurluluhkan?


****************

Kisah ni berkisar tentang kehidupan seorang wartawan majalah dewi. tak sangka eh, kehidupan  seorang wartawan tu mcmtu..
giler aa.. mujur lah nadia jadi cikgu.. takde mase langsung nak berfamily..
tp tak tahulah kan.. sbb bace dalam novel je..
lame dia memendam rase terhadap kamiali tu.. sorang abg yang penyayang, setelah sekian lama dia terpisah dengan kamali, akhirnya terjumpa semula slepas mendapat emel daripada seorang wanita bernama WANI. 
di saat itu juga, beliau berkenalan dgn Dr Adib yang sgt baik hati.. membaca sinopsis cerita ni, taksangka cerita ini digarapkan dengan menarik, 

ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari..
tulah yang dirasakan oleh watak utama, Adeena Adalia Rasya..

selepas membuat pilihan hati, memilih Kamali dan meninggalkan Dr Adib yang sanggup buat apa shj untuknya tu bukanlah suatu tindakan yang bijak..
Kamali rupanya seorang suami yang suka mendera isteri rupanya..
keganasan seksual berlaku terhadap dirinya. 
dia terpaksa menyimpan segala rahsia seorang diri..
lebam2 dan luka2 di serata badan adeena..
dan sampai suatu masa sehingga beliau luka teruk dan cedera teruk di kepala, hidung dan bahagian lain hanya kerana suami yang dulunya kekasih yang penyayang menjadi seorang lelaki liar.
yang meragut kebahagiaannya..
namun beliau tetap menyayangi dan menghormati suaminya.

Rupa-rupanya suaminya itu sebenarnya mengalami tekanan perasaan akibat ayahnya dahulu yang sering memukul ibunya dan dirinya suatu ketika dahulu.
akibat luka teruk yang menyebabkan dirinya terlantar, akhirnya Kamali sedar kesalahannya dan insaf.
lalu menceraikan adeena kerana takut mendera adeena lagi.
Dr Adib yang sentiasa di sisi Adeena,membantu Kamali mendapatkan bantuan kaunseling dan menikahi Adeena..

**********
plot cerita agak bosan sbb slow..
banyak skip2 gak, tapi faham jalan cerita dia..

banyak kata2 yang best dalamnye.. nnt i update lagi kata2 tu..
feels like heaven!!
ayat laaa..

i nak update ttg kes KEGANASAN RUMAHTANGGA.
Hurm.. sabarlah wahai isteri malang..



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...