Wednesday 21 September 2011

INDAHNYA RUMAHTANGGA...Realiti @ Maya?


Ketika ni, daku berada dalam kelas dr Azhar oleh kerana ada pembentangan KAJIAN TINDAKAN. kajian tindakan / tesis la.. nak wat keje mood takde lagi..

ingat nak datang kelas lambat sikit. nak buat sandwich jap.. dah tengah buat, tetibe dapat msg kene ASAP dtg bilik sarjana. Setiap hari termimpikan anak-anak kecil, bayi berusia setahun..tapi malang, dalam mimpi pun, maseh tade rezeki nak mimpi anak sendiri.. mungkin dah tiba masanya naluri tu makin ade. walau lambat lagi. hampir setiap malam. jadi saya harap hubby faham knapa prasaan saya selalu dibelenggu. kadangkal perkara ni buat saya selalu tiba-tiba rindukan suami. perlukan sahabat, perlukan seorang abang. Sampai kadangkala saya lupa, Allah tu Maha Adil. Mesti ade sbb semua ni.

Suami skrg sgt sibuk dgn segala esaimen dan kajian tindakannya. Saya harap saya akan menjadi seorang isteri yang amat memahami suaminya. Sesungguhnya, isteri solehah itu penyejuk hati suami. siapa tak nak jadi isteri solehah. besar pahalanya.

suami menghilangkan rindu dengan menyibukkan diri dgn kerja. saya pulak? herm. mengimbau memori di segenap ruang hidup saya ni. *yelaa, dah takde bende nak buaat kan.. wat esemen malas..* biar saya duduk sendirian kat ipg, kawan2 smua balek pun, sunyi saya hilang bila teringatkan suami. yang buat saya rindu dia adalah kebaikan diri dia terhadap saya. rasa terharu buat rindu tu menebal. then mula lah kol menangis2.. (oopss.)..

tp sekarang setiap hari saya menghitung hari, oleh yang demikian, hilanglah rasa rindu tu. menghitung hari buat rase eksaited la.. yang pastinya.. kegembiraan seorang isteri untuk berjumpa dengan suaminya.. Alhamdulillah.. Allah setia di sisi.. Allah berikan kami kekuatan.. Moga diperkuatkan jodoh saya dgn suami saya. Saya tak sanggup lagi kehilangan dia. tak puas lagi menjalankan tanggungjawab saya.. tak sempat lagi nak jadi isteri yang sebenar buat dia.. kami masih ibarat suami isteri dunia maya lagi..

kronologi perkenalan, perkembangan dan kesatuan kami tak lengkap lagi.. nanti saya nak menitipkan memori kenangan semua ni dalam entry-entry akan datang. Yang pastinya saya jatuh hati padanya sejak kali pertama kenal dgn beliau. ssangat menrindui pengalaman tu. Sgt INDAH. tu yang pasti..

suami, berikanku peluang tuk menjadi isterimu. pohonlah pada Tuhan, kitakan bersatu. Waktu bercinta dahulu, setahun berjumpa hanya sekali dua setahun. boleh dibilang dengan jari je date-date kami.. paling lama dulu pun dating, waktu g Genting, Memori tu pun sgt indah. bila depan mata dia, saya terasa ibarat hati ni sentiasa bergembira, BAHAGIA, indah, seronok. Tak tergambar pengalaman tu.... Bila nak berpisah dgn dia, rase sedih sgt, rakan2 pun tgok saya tak dapat menahan perasaan saya, air mata berlinangan pabila kami berpisah di KL central tu. Ya Allah, aku ingin menyayangi lelaki ini sepenuh hatiku, aku ikhlas menyayangi insan ini, satukanlah kami di dalam IRADATMu.. Ya Allah.. ni lah doa yang selalu di ucapkan.. pada setiap kali saya teringat pada dia dahulu..

Saya ingin merasai KEINDAHAN berumahtangga, kerana saya ingin menyayangi dia tanpa batasan. Alhamdulillah. segalanya dipermudahkan. Syukur. Syukur. Syukur Ya Allah..

Suami sentiasa di hati, di segenap hati. Tapi ibu bapa tak pernah saya lupa. saya sedari betapa Allah memerintah hambanya (wanita) mematuhi suami di tempat pertama. kenapa dan mengapa, makin saya fahami. Betapa agungnya kuasaMu tuhan. saya melalui dengan baik sedikit demi sedikit. saya belajar menjadi seorang isteri. Tak sabar rasanya nak membina keluarga sendiri, nak punyai rumah dan kereta sendiri. Hurm. rindu kembali lagi..

Teringat saya ketika raya yag lepas, suami mengalah pada saya, beraya di rumah saya pada tahun ni.. sungguh saya mengagumi suami apabila beliau mengalah pada saya. Selalu ikut kehendak saya, Oh abg. TERIMA KASEH. rasa nak ikut je smua kata2 dia pasni.. Sekali lelaki tu mengalah, 10 kali rase nak mengalah pada dia. Di rumah pula, saya seperti biasa kepenatan apabila tiapkali raya, adik2 saya kedua-duanya nak exam tahun ni. UPSR dan SPM. Oleh yang demikian, saya kene lebih banyak beralah. BAHAGI masa dengan baik, between kerja rumah, suami dan keluarga. Penat! tapi BAHAGIA.

Suami sampai sehari sebelum raya, shopping baju-baju dia, spend masa di kala jammed teruk di bandar Kuala terengganu, seronok berdating dgn suami. Segalanya bebas. Waktu raya tu, suami tahu saya penat, tatkala duduk menonton televisyen dan saya baru nak rehat, suami picitkan kaki. Oh sayang, saya masih lagi tak mampu jadi isteri yang baik. Saya sepatutnya buat semua tu pada suami. terbalik pulak. tp bila dia memahami saya dan keluarga, alhamdulillah. makin saya merindui dia. makin menebal kasih sayang. suami juga banyak membantu saya dan adik2 melayan tetamu. saya tak buat air skali pun raya kali ni, semua suami buat.. saya blakang tabir, membasuh pingan mangkuk dan gelas selepas tetamu datang.

Pabila suami tiba masa untuk pulang.. Saya sedikit pun tak menanges, sedangkan beliau teruk menanggung pedih di hati nak meninggalkan isteri tersayang ni.. (ececeh..). Suami naik bas, pas bersalaman, suami kucup dahi dan sbgnya. Saya masih lagi ok. balik dengan hati yang sedih, tapi tegar. sesampai di rumah, masuk bilik je, saya terus menanges teresak-esak. tak tertahan hati. Rasa kehilangan, rasa mcm diri ni kekurangan, tak lengkap.. oh, DASYAT sungguh perasaan ni.. baru saya terasa sakitnya berjauhan ni..

Kembali dengan dunia rumahtangga maya...saya akan terus mencintai dia. Insyallah.. suami dunia akhirat... Amiiiin..

love alwais,
isteri aiman.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...