Saturday, 10 September 2011

Novel.ADDICTION. (Sinopsis 7hari Mencintaiku)

Lovestory easy write,
easy to read..
Pn Raja Nadia ni.. tak sedar2 diri lagi..
VIVA dah ari SELASA ni..
present my Action Research.

1. laporan tak siap lagi.. -> need to edit semua. tambah literatur review..
2. Powerpoint presentation tak siap lagi..
3. assignment En Fazli perlu dihantar minggu ni..
4. nak setelkan kerja as jawatan kuasa buku program dan sijil n tag name
5. uruskan tentang homestay bulan 10 ni. 

fening2..
tp buat tak tawu jek.
nnt stress.. 

smoga kawan2 juga dipermudahkan..

About NOVEL.
cerita 7 hari mencintaiku..
okei. efek utama novel nih..
buat nad rinduu gile kat hubby.
tetibe arini jd jiwang laks.
thats why Nadia, JGN BACE NOVEL.
keje satu tak siap.
obses kat hubby  lagi..
hehehe..

but, suke. sbb mencuci minda nih..
air mata pun abis kuar..
meleleh2..mujur rumet dah tido..
heeehee
Hilang STRESS la yang pasti..
Now bersemangat tuk siapkan kerja..
Insyallah..
dengan doa daripada ibu bapa, suami dan rakan2..
nadia leh lalui minggu ni dengan baik..

Ya Allah. permudahkanlah aku..
dalam melakukan ibadah Mu..
permudahkanlah semua rakan-rakanku..
permudahkanlah adik2 ku..
lapangkanlah dada dan minda kami..
amin..ya robbal alamin.

By the way.





Sinopsis novel 7 Hari Mencintaiku


"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

2 comments:

MerLe said...

hehe..k.subi sempat bc separuh je novel tu hri tu.. kije byk ag~

ahsfantasy24 said...

Hehe..
ow susa nk abeskan novel,
ta bape minat nk bce, huhu

kak, all d best!
_VIVA_

^^.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...